Belum ada kelulusan EIA untuk tapak lupus sisa Lynas, kata Pahang

Belum ada kelulusan EIA untuk tapak lupus sisa Lynas, kata Pahang

Pengarah Perhutanan Negeri berkata kawasan itu dinyahgazetkan sebagai hutan simpan.

Sebuah tapak berkeluasan 202 hektar diperuntukkan untuk kilang pelupusan sisa Lynas di Pahang. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Tapak cadangan untuk pembuangan sisa kilang Lynas masih belum dibersihkan kerana belum mendapat kelulusan alam sekitar, menurut Jabatan Perhutanan Pahang.

Pengarah Perhutanan Negeri, Hizamri Yassin, berkata, kawasan itu sebelum ini dinyahgazetkan sebagai hutan simpan.

Pihak berkuasa belum meluluskan apa-apa Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk tapak di hutan simpan Bukit Kuantan itu, sebelum tanah boleh dibersihkan dan pembalakan dibenarkan di kawasan tersebut.

Kira-kira 202.35 hektar di hutan simpan itu dilapor diperuntukkan untuk kemudahan pelupusan sisa kekal bagi pengeluar nadir bumi berkenaan.

Hizamri Yassin.

Hizamri berkata, pihaknya masih menandakan sempadan kawasan yang diluluskan untuk pembalakan.

“Untuk mengelakkan kebocoran sumber kerajaan negeri, sijil pelepasan hutan diperlukan sebelum mana-mana kawasan dimajukan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sudah meluluskan lesen untuk membersihkan sisa pokok seluas 121.64 hektar itu, diikuti dengan 80.71 hektar.

Katanya, luas kawasan yang diluluskan untuk pembalakan adalah sama dengan luas kawasan yang akan dimajukan dan dinyahgazetkan sebagai hutan simpan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.