RM15.6 bilion hilang tanpa pelajar antarabangsa akibat Covid-19, kata ahli akademik

RM15.6 bilion hilang tanpa pelajar antarabangsa akibat Covid-19, kata ahli akademik

Felo Akademi Sains Malaysia Madeline Berma berkata, 200,000 pelajar antarabangsa dijangka mendaftar pada 2020.

Pada 2018, terdapat seramai 127,583 pelajar antarabangsa di Malaysia, dengan 70% daripadanya berdaftar di institusi pengajian tinggi swasta. (Gambar rawpixel)
PETALING JAYA:
Seorang ahli ekonomi mendedahkan bagaimana sekatan perjalanan Covid-19 bermakna negara mungkin hilang pendapatan sebanyak RM15.6 bilion tahun lalu daripada pelajar antarabangsa.

Felo Akademi Sains Malaysia, Madeline Berma berkata, penutupan sempadan di seluruh dunia bukan sahaja menghalang pelajar antarabangsa kembali, tetapi juga menghentikan rancangan yang mungkin calon pelajar untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia.

“Di Malaysia, sektor pendidikan tinggi merupakan penjana pendapatan sebenar,” kata Derma kepada sebuah forum dalam talian malam tadi.

“Dari data terbaharu yang saya ada, pada 2018, Malaysia mempunyai 127,583 pelajar antarabangsa, dengan 70% memasuki institusi pengajian tinggi swasta.

“Dianggarkan jumlahnya akan meningkat kepada 200,000 pada 2020 dan mereka akan menyumbang sebanyak RM15.6 bilion. Sekarang, ini hanyalah mimpi.”

Madeline Berma.

Forum bertajuk “Fast Forward: The Pandemic Era, Higher Education at a Crossroad”, dianjurkan oleh Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN).

Bekas profesor madya di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga mendedahkan tentang “generasi hilang” dalam kalangan graduan akibat pandemik.

Beliau berkata, kadar pengangguran mencapai paras tertinggi dalam tempoh 30 tahun sebanyak 5.3% pada Mei lalu, sementara graduan baharu menghadapi kesukaran dalam mendapatkan pekerjaan semasa pandemik, yang akan memberi kesan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

Katanya, 75,000 daripada 300,000 graduan baharu menganggur tahun lalu, sekali gus menghalang mereka daripada menyumbang kepada asas cukai negara dan pendapatan isi rumah mereka.

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik, yang juga menyertai forum itu, menggesa kerajaan supaya menggandakan usaha meningkatkan pembelajaran dalam talian, menyediakan akses internet lebih baik di seluruh negara, dan menjalankan langkah lebih bersepadu untuk membeli komputer riba serta peranti digital untuk pelajar yang memerlukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.