Hak mengundi 18 tahun: Penganalisis berbeza pendapat

Hak mengundi 18 tahun: Penganalisis berbeza pendapat

Ada yang berkata, golongan muda cukup pengetahuan – ada sebaliknya.

Seorang penganalisis berkata, jika seseorang yang berusia 18 tahun boleh berkhidmat dalam angkatan tentera atau menyertai Program Latihan Khidmat Negara, maka mengapa pula mereka tidak boleh mengundi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Penganalisis politik berbeza pendapat mengenai hak mengundi golongan muda. Seorang yakin golongan itu sudah matang untuk mengundi pada usia 18 tahun, manakala seorang lagi berpendapat sebaliknya .

Bagi Kenneth Cheng, jika seseorang yang berusia 18 tahun boleh berkhidmat dalam angkatan tentera atau menyertai Program Latihan Khidmat Negara mengapa tidak mengundi .

“Jika mereka boleh berkorban untuk negara pada usia 18 dengan menyertai tentera, maka mengapa pengetahuan mereka dipertikai ? .

Berdasarkan itu kata beliau, adalah agak sensitif untuk mengatakan anak muda memerlukan lebih pengetahuan mengenai perkara itu kerana bahan mengenai isu dan hak mengundi boleh diperolehi dengan mudah di internet .

Kata beliau, golongan tua atau dewasa tidak pernah diajar mengenai perkara itu, tetapi dengan sendiri tahu akan isu yang membabitkan mereka.

“Golongan dewasa tahu mereka mahu dasar yang lebih baik untuk meningkatkan hidup mereka.”

Kenneth Cheng.

Cheng berkata, sama ada buta huruf atau tidak, orang ramai sedar isu mengenai mempunyai kesan terhadap hidup harian mereka dan belia mampu berfikir sendiri pada usia lebih muda selaras dengan kematangan masyarakat .

“Mereka yang konservatif boleh mengundi PAS atau Umno, manakala yang lebih progresif mungkin mahu mengundi parti sosialis atau parti berbilang bangsa.”

“Pilihan di tangan mereka,“ katanya selain menambah bahawa anggapan golongan muda memerlukan pelajaran atau pengetahuan mengenai hak mengundi merupakan suatu bentuk diskriminasi. .

Cheng yang menganggotai Agora Society, iaitu satu rangkaian intelek berkata, pelajar boleh dididik mengenai hak mengundi menerusi silibus subjek sejarah dan boleh mendapat lebih banyak maklumat daripada internet .

Sebelum ini Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, golongan muda mesti dididik sebelum diizinkan mengundi.

Beliau berkata, hak mengundi datang bersama tanggungjawab moral untuk berbuat demikian secara bijaksana.

Bagi Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, pelajar didedahkan kepada hak mengundi menerusi silibus subjek sejarah dan pelajaran moral dan agama mengenai etika dan nilai.

Awang Azman Pawi.

Beliau berkata, kebanyakan negara mengizinkan golongan muda mengundi dan Malaysia tidak harus mengambil langkah kebelakang dengan mempertikaikan kefahaman politik mereka.

“Ia menunjukkan kematangan negara,” katanya .

Menurut Azman ahli politik yang meragui pengetahuan mengundi golongan muda mungkin berasa demikian kerana takutkan sifat “anti-establishment” golongan itu

“Ia lebih berkait ‘ketakutan’. Golongan muda tidak peduli mengenai ideologi parti – bagi mereka ia bersangkut dengan pelajaran, biasiswa, latihan dan pekerjaan”.

Golongan muda mahukan parti politik yang bebas daripada rasuah dan tuntutan seperti itu kata beliau, “mungkin menakutkan parti politik”.

Golongan itu juga mungkin berpaling kepada pihak ketiga jika tidak senang dengan parti pemerintah atau pembangkang .

Bagaimanpun penganalisis Azmi Hassan bersetuju dengan Fayhsal.

Azmi Hassan.

Beliau berkata, pelajar universiti pun masih lemah dalam pemikiran kritikal ketika membuat keputusan.

“Bila ditanyai soalan kritikal atau berhubung pengetahuan am, susah bagi orang muda memahaminya kerana kurang pengetahuan am.”

Katanya, ada pelajar yang bijak dalam pelajaran, tetapi kurang pengetahuan am.

“Tidak pasti jika yang berusia 18 hingga 21 tahun membuat keputusan berdasarkan pengetahuan atau keinginan dan kemahuan sendiri i.”

Justeru beliau menyarankan Kementerian Pelajaran memperkenalkan subjek pemikiran krtikal dan pengetahuan am dari peringkat rendah lagi supaya pensyarah di universiti tidak meluangkan terlalu banyak masa membantu pelajar mengenai perkara itu.

Rang undang undang undi 18 atau nama rasminya Rang Undang- undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan di Dewan Rakyat pada 25 Ju 2019 dan diwartakan pada 10 Sept tahun yang sama.

Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan mahu kerajaan “melakukan perkara yang betul” dan membenarkan golongan berusia 18 tahun mengundi.

Beliau berkata, Ahli Parlimen sudah berbincang dan menyokong langkah itu dan oleh itu kerajaan mesti bertindak “gentleman” dan tidak mengubah pendirian “semata-mata kerana kerana pengundi muda tidak memihak kepadanya”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.