Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 133 orang

Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 133 orang

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, tiga PPS kini beroperasi di dua daerah yang dilanda banjir sejak semalam.

Bahagian Serian mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 106 orang di dua PPS, manakala Samarahan menempatkan 27 orang di sebuah PPS. (Gambar Bernama)
KUCHING:
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat kepada 133 orang pagi ini, berbanding 26 mangsa malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sebanyak tiga PPS kini beroperasi di dua daerah yang dilanda banjir sejak semalam.

Bahagian Serian mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 106 orang di dua PPS, manakala Samarahan menempatkan 27 orang di sebuah PPS.

Setelah 10 hari situasi banjir di Sarawak pulih sepenuhnya, sebuah PPS kembali dibuka di Simunjan di bahagian Samarahan semalam susulan hujan lebat sejak beberapa hari lepas di negeri ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.