
Dua negara lain ialah Jerman dan Korea Selatan.
“Kerajaan Singapura akan mengkaji semula peraturan RGL pada penghujung tempoh penggantungan,” kata MFA dalam kenyataan.
MFA memaklumkan pelawat yang sudah diluluskan untuk memasuki Singapura di bawah peraturan itu boleh terus berbuat demikian.
Kementerian itu berkata, kerajaan Singapura akan terus memantau situasi global dan menyesuaikan langkah sekatan sempadannya bagi menangani risiko kes import Covid-19 dan penularan jangkitan kepada komuniti.
Katanya, sebarang perubahan pada langkah sekatan sempadan akan dikemas kini di laman web SafeTravel dan pelawat disaran melayari laman web itu untuk mengetahui langkah terkini.
Selain tiga negara berkenaan, Singapura turut melaksanakan peraturan RGL dengan Brunei, Indonesia, Jepun dan enam wilayah di China.
RGL bertujuan memudahkan perjalanan merentas sempadan bagi jangka pendek untuk tujuan perniagaan penting dan perjalanan rasmi.
Setakat semalam, Singapura melaporkan 59,449 kes positif Covid-19 dengan 2,628 daripadanya kes import, 2,313 kes dalam komuniti dan 54,508 melibatkan penghuni asrama.