
Katanya, program itu akan dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama klinik swasta di seluruh negara.
“Ujian saringan ini menggunakan kaedah RTK Antigen yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan, di mana kos bagi kit ujian dibiayai Perkeso.
“Majikan hanya perlu membiayai kos perkhidmatan yang dikenakan klinik atau hospital. Perkeso telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM54 juta bagi peluasan skop saringan ini,” katanya dalam kenyataan.
Saravanan berkata, bagi pekerja asing yang bukan pencarum Perkeso, kos saringan perlu ditanggung sepenuhnya majikan.
Katanya, keperluan menjalani ujian saringan Covid-19 diwajibkan kerajaan melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Senarai klinik yang menawarkan ujian saringan Covid-19 di bawah program itu boleh didapati di psp.perkeso.gov.my dan sebarang pertanyaan boleh e-mel kepada [email protected] atau hubungi 1-300-22-8000 atau 03-4264 5089.