Penyelesaian jangka panjang perlu untuk elak masalah perumahan pekerja berulang

Penyelesaian jangka panjang perlu untuk elak masalah perumahan pekerja berulang

Insiden kluster Covid-19 yang banyak melibatkan tempat tinggal pekerja menimbulkan persoalan mengenai kualiti premis yang disediakan.

Kemudahan penginapan pekerja yang terlalu sesak dan berada dalam keadaan buruk mengakibatkan penghuni terpaksa menjalani keadaan hidup yang tidak berkualiti.
PETALING JAYA:
Kumpulan majikan dan pekerja bersependapat bahawa kerajaan mesti mencari penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah tempat tinggal pekerja supaya isu lama yang kini terdedah semula tidak berterusan.

Dengan banyaknya kluster Covid-19 berpusat di tempat tinggal pekerja pelbagai sektor, taraf premis yang disediakan oleh majikan itu kini menarik perhatian.

Dilaporkan sebelum ini kemudahan penginapan pekerja didapati terlalu sesak dan berada dalam keadaan buruk mengakibatkan penghuni terpaksa menjalani keadaan hidup yang tidak berkualiti.

Soh Thian Lai.

Presiden Persekutuan Pengeluar Malaysia Soh Thian Lai berkata, sejak sekian lama syarikat berdepan masalah mendapatkan tanah dan kelululusan kerajaan tempatan untuk tujuan itu, sekali gus berharap proses itu boleh dipercepatkan .

“Majikan berdepan isu ini bersendirian tanpa dibantu pihak berkuasa. Mereka terpaksa menggunakan mana-mana ruang yang boleh didapati untuk menempatkan pekerja .

“Pihak berkuasa tempatan patut menimbangkan pemberian kelulusan sementara berpandukan pelan pengubasuaian supaya permohonan sijil penginapan boleh berjalan dan dikeluarkan sebaik saja premis siap untuk didiami,“ katanya.

Michael Kang.

Presiden Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKS) Michael Kang berkata, kerajaan harus mencontohi Singapura yang membina pusat penginapan atau dormitori yang boleh disewa oleh IKS kerana mereka menghadapi kesulitan mendapatkan tempat penginapan pekerja yang sesuai.

“Untuk membina sendiri tempat penginapan menelan kos besar, tetapi apabila kami cuba menempatkan pekerja di kawasan perumahan kami berdepan dengan bantahan.

“Ia merupakan komitmen yang besar jika kami membeli kemudahan penginapan sendiri, tetapi kemudian menjalankan kerja secara automasi. Kami akan tanggung kos bangunan yang tidak diperlukan lagi.”

Mohd Effendy Abdul Ghani.

Timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Effendy Abdul Ghani pula berkata, langkah penguatkuasaan tidak harus dihentikan apabila wabak Covid-19 ini reda kerana ia akan menyaksikan berulangnya “perangai lama”.

Menurutnya walaupun undang undang ketat sudah wujud seperti akta berhubung standard minimum penginapan dan kemudahan pekerja, namun ia hanya berkesan jika dipatuhi .

“Sesuatu undang-undang mungkin nampak ‘hebat’ di atas kertas, tetapi ia tidak berguna jika pihak berkuasa tidak memastikan ia dipatuhi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.