
KUALA LUMPUR: Terengganu mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian tertinggi, iaitu 1.36 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi Twitternya, Melaka merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.28, diikuti Sarawak (1.25), Putrajaya (1.19), Perak (1.17), Kedah (1.15), Perlis (1.15), Kuala Lumpur (1.12), Labuan (1.11) Pahang (1.1), Selangor (1.1) dan Kelantan (1.09) .
Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pula merekodkan Rt paling rendah, masing-masing pada 1.04, 1.03, 1.01 dan 1.0.
Katanya, Rt untuk seluruh negara pula ialah 1.04.