Ketua menteri P Pinang batal rumah terbuka Tahun Baru Cina

Ketua menteri P Pinang batal rumah terbuka Tahun Baru Cina

Semua Adun, Ahli Parlimen dan pemimpin masyarakat turut digesa tidak menganjurkan majlis rumah terbuka atau keraian melibatkan perhimpunan awam walaupun kecil-kecilan ketika Tahun Baru Cina.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menganjurkan majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pusat SPICE tahun lalu.
GEORGE TOWN:
Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk membatalkan majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina ketua menteri yang dijadualkan berlangsung 13 Feb nanti.

Setiausaha politik ketua menteri Pulau Pinang, Teh Lai Heng berkata, pembatalan majlis itu berikutan ketidaktentuan situasi semasa akibat penularan Covid-19 ketika ini.

“Kerajaan negeri juga ingin memaklumkan kepada semua Adun, Ahli Parlimen serta pemimpin masyarakat untuk mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara agar tidak menganjurkan sebarang majlis rumah terbuka atau keraian melibatkan perhimpunan awam walaupun kecil-kecilan,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beliau berkata, penganjuran sambutan Tahun Baru Cina (Miao Hui) 2021 yang dirancang secara maya selama sembilan hari bermula 12 Feb ini akan diteruskan.

Katanya, sepanjang tempoh itu, tiada penganjuran acara secara fizikal, namun orang ramai masih boleh merasai pengalaman baru itu menerusi platform dalam talian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.