Pesuruhjaya PAS Terengganu positif Covid-19

Pesuruhjaya PAS Terengganu positif Covid-19

Husain Awang sedang dirawat di Hospital Setiu.

Husain Awang kini dalam keadaan sihat tanpa sebarang gejala. (Gambar Bernama)
KUALA TERENGGANU:
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Husain Awang disahkan positif Covid-19 hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid menerusi kenyataan media.

Husain dimasukkan ke Hospital Setiu untuk rawatan dan dalam keadaan sihat tanpa sebarang gejala.

“Marilah bersama kita berdoa agar beliau dilindungi Allah serta dikurniakan kesejahteraan dan keafiatan,” kata Muhyidin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.