Dakwaan perlekeh darurat, Azwan Ali disiasat Bukit Aman

Dakwaan perlekeh darurat, Azwan Ali disiasat Bukit Aman

Polis juga akan mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang menularkan video klip itu.

Azwan Ali memberi keterangan di Bukit Aman hari ini berhubung rakaman video klip dikatakan memperlekeh proklamasi darurat. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Polis sedang menyiasat satu laporan berhubung rakaman video klip selebriti Azwan Ali, dikatakan memperlekeh proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed yang mengesahkan polis sudah menerima laporan berhubung video klip itu berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Hari ini, Azwan Ali telah dipanggil ke pejabat USJT bagi membantu siasatan dan siasatan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah menularkan video klip berkenaan.

“Polis menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform itu sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta mengganggu-gugat keharmonian negara,” katanya dalam kenyataan.

Rakaman video berdurasi 41 saat berkenaan ditularkan oleh seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama “Zai Mikail” pada 12 Jan lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.