
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beras percuma itu akan diberikan kepada 1,000 individu sehari pada tiga hari berasingan yang mana seramai 3,000 individu akan menerima manfaat itu setiap minggu.
“Saya akan berikan beras percuma kepada 3,000 orang setiap minggu yang mana seribu setiap hari. Jadi, pemberian tiga kali seminggu.
“Mereka yang perlukan beras percuma boleh berjumpa Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk masing-masing bagi mendapatkan kupon beras,” katanya menerusi catatan di Facebook rasmi Barisan Nasional.
Bagaimanapun, Annuar menegaskan, pengedaran program MyBeras yang bermula pada Februari tidak akan dilakukan setempat.
“Ia kerana dikhuatiri berlaku kesesakan seperti terjadi di Putrajaya. Satu kaedah perlu kita fikirkan,” katanya.
Jumaat lalu, kira-kira 2,000 orang di Putrajaya bersesak mendapatkan ayam percuma yang diagihkan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian itu, sekali gus mencetuskan kebimbangan netizen berhubung kemunculan kluster baharu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Mohd Fadzil Ali berkata majlis itu tidak mendapat persetujuan oleh pihak berkuasa berikutan wilayah itu di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika ini.