
Ketua Polis Melaka Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek pertama berusia 39 tahun ditangkap ketika cuba melarikan diri selepas mencampakkan beg dibawanya semasa terserempak dengan anggota polis yang melakukan rondaan pada kira-kira 7.05 malam hari itu.
“Lelaki yang sedang berjalan itu bertindak mencampak beg dibawanya ketika dihampiri anggota polis. Pemeriksaan ke atas beg itu menemukan 15 bungkusan mampat berbalut pembungkus teh Cina yang dipercayai mengandungi dadah, serta wang tunai berjumlah RM3,400, dipercayai hasil jualan dadah,” katanya pada sidang media.
Beliau berkata, hasil siasatan lanjut ke atas penganggur itu, polis menahan seorang lagi suspek berusia 37 tahun di Bukit Puchong, Selangor serta menyita wang tunai RM21,800 pada 4 pagi semalam.
Difahamkan kedua-duanya adalah sepupu yang berasal dari Selangor, katanya.
Abdul Majid berkata, siasatan lanjut polis mendapati dadah berkenaan diperoleh dari negara jiran dan dibawa masuk melalui jalan tikus melibatkan sindiket rentas negeri dan dipasarkan di Selangor, Melaka serta Johor.
“Suspek pertama mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk lima rekod dadah dan direman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu, manakala suspek kedua yang tidak mempunyai rekod jenayah direman selama tujuh hari bermula semalam.
“Kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika Siasatan mendapati dadah itu diperoleh dari negara jiran dan dibawa masuk melalui jalan tikus melibatkan sindiket rentas negeri dan dipasarkan di Selangor, Melaka serta Johor.sabit kesalahan,” katanya.