Kesatuan wartawan gesa had sidang media fizikal susulan lonjakan kes Covid-19

Kesatuan wartawan gesa had sidang media fizikal susulan lonjakan kes Covid-19

Kesatuan itu juga merayu pihak berkuasa memberi kerjasama kepada petugas media semasa membuat liputan di tempat awam, tinjauan serta diberikan pelepasan khas ketika melalui sekatan jalan raya.

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) berkata sidang media boleh dilakukan secara dalam talian, pada masa sama menyeru semua pihak memberikan kerjasama kepada petugas media ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan membabitkan sebarang isu.
PETALING JAYA:
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) menyeru semua sidang media secara bersemuka membabitkan agensi kerajaan dan swasta dihadkan susulan peningkatan ketara kes positif Covid-19 yang kini mencecah lebih 3,000 setiap hari.

Presidennya Farah Marshita Abdul Patah berkata, sidang media boleh dilakukan secara dalam talian dan pada masa sama menyeru semua pihak memberikan kerjasama kepada petugas media ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan membabitkan sebarang isu.

Persatuan itu juga merayu pihak berkuasa memberi kerjasama kepada petugas media ketika membuat liputan di tempat awam, tinjauan serta diberikan pelepasan khas ketika melalui sekatan jalan raya.

“Perkara ini perlu dilakukan dan mendapat kerjasama daripada semua pihak bagi memastikan penularan jangkitan dapat dibendung dan pada masa sama membolehkan petugas menjalankan tugas mereka.

“Harus diingat, petugas media antara golongan yang paling terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19 ketika menjalankan tugas, namun, acap kali peranan dan keselamatan mereka diketepikan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga menasihatkan petugas media yang mempunyai gejala supaya menjalani ujian saringan di hospital dan mematuhi arahan kuarantin wajib.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.