
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, tanpa pelaksanaan 3T, iaitu saringan, pengesanan dan rawatan seperti dilakukan sebelum ini, lebih ramai rakyat akan dijangkiti Covid-19 serta lebih banyak nyawa terkorban dengan sia-sia.
“Soalan ini sepatutnya dapat diajukan di Parlimen tetapi setelah penggantungan Parlimen yang menimbulkan pelbagai persoalanan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kita mungkin tidak tahu jawapannya.
“Itulah sebabnya penggantungan ini harus dibatalkan dan Parlimen perlu bersidang segera untuk mengakhiri ketidakmampuan dan ketidakcekapan (kerajaan),” kata beliau.
Beliau berkata, Dewan Rakyat harus bersidang untuk memastikan KKM diberikan “sumber dan sokongan yang sangat diperlukan kepada wira barisan hadapan negara,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, KKM dilaporkan mengambil pendekatan baru bagi mengurangkan kesesakan sistem kesihatan awam akibat peningkatan jumlah pesakit Covid-19.
Menurut laporan, KKM tidak lagi akan melakukan ujian terhadap setiap individu yang dikenalpasti sebagai kontak rapat pesakit positif Covid-19.
Sebaliknya, mulai sekarang mereka yang akan diuji hanya kontak rapat yang menunjukkan gejala virus itu.
Lim berkata, langkah untuk tidak melakukan ujian saringan lengkap pada semua kontak rapat dan individu tidak bergejala adalah sangat berbahaya kerana pesakit berkenaan boleh menjadi bergejala dan menyebarkan virus kepada individu lain.
“Saintis di Amerika Syarikat menemui penularan daripada individu tanpa gejala dianggarkan menyumbang 59% daripada semua penularan Covid-19.
“Ini dapat dilihat di Hospital Besar Pulau Pinang dengan peningkatan jumlah pesakit Covid-19 yang berusia, yang dijangkiti anggota keluarga mereka yang lebih muda, tidak mempunyai gejala,” katanya.
Sebanyak RM322.5 bilion daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diperuntukkan dalam Belanjawan 2021.
Kementerian Kewangan berkata, daripada jumlah itu, RM236.5 billion akan disalurkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM69 billion bagi perbelanjaan pembangunan manakala baki RM17 bilion ialah untuk Kumpulan Wang Covid-19.