Lelaki maut bertembung lori gara-gara elak bangkai babi

Lelaki maut bertembung lori gara-gara elak bangkai babi

Mangsa berusia 29 tahun maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah pada bahagian kepala.

Siasatan awal polis mendapati mangsa yang menaiki Proton Wira dipercayai memandu dari Tanjung Tualang menghala ke Kampung Gajah.
PARIT:
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori di KM5 Jalan Kampung Gajah-Tanjung Tualang, dipercayai kerana mahu mengelak bangkai babi.

Dalam kemalangan kira-kira 7.40 pagi itu, Jamaludin Abdullah, 29, maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Perak Tengah, Barudin Wariso, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menaiki Proton Wira dipercayai memandu dari Tanjung Tualang menghala ke Kampung Gajah.

“Apabila tiba di tempat kejadian, dipercayai terdapat bangkai babi di tengah jalan menyebabkan mangsa cuba mengelaknya sebelum melanggar bahagian tengah lori.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berumur 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Barudin berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.