Doa untuk Malaysia, kini hanya tinggal 3 zon hijau di Semenanjung

Doa untuk Malaysia, kini hanya tinggal 3 zon hijau di Semenanjung

Hanya Langkawi, Hulu Terengganu dan Jerantut zon hijau di Semenanjung tanpa sebarang kes aktif Covid-19.

Daerah paling teruk terjejas ialah Klang yang mencatatkan 4,403 kes aktif, diikuti Hulu Langat (1,971), Johor Bahru (1,804) dan Muar (1,606).
PETALING JAYA:
Semakin banyak daerah menjadi zon merah Covid-19, dengan hanya tiga daerah di Semenanjung kekal sebagai zon hijau.

Infografik Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan hanya Langkawi (Kedah), Hulu Terengganu (Terengganu) dan Jerantut (Pahang) kekal sebagai zon hijau di Semenanjung tanpa kes aktif.

Di Sarawak, 22 daerah kekal zon hijau, walaupun ibu negeri itu, Kuching, kini zon merah.

Daerah Sibu di Sarawak menjadi zon merah, begitu juga Bachok, Gua Musang dan Machang di Kelantan, Kuantan (Pahang) serta Baling (Kedah).

Secara keseluruhan, terdapat 72 daerah dikategorikan zon merah di seluruh negara kerana mempunyai lebih 40 kes aktif.

Daerah paling teruk terjejas ialah Klang yang mencatatkan 4,403 kes aktif, diikuti Hulu Langat (1,971), Johor Bahru (1,804) dan Muar (1,606).

Semalam, terdapat 27,332 kes aktif di seluruh negara.

Sebanyak 135,992 kes Covid-19 dengan 551 kematian dicatatkan sehingga kini di Malaysia.

“Hadkan pergerakan yang tidak perlu. Virus Covid-19 berada dalam komuniti kita,” menurut infografik KKM di Facebook.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.