Kedutaan: Tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Sriwijaya dipercayai terhempas di Indonesia

Kedutaan: Tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Sriwijaya dipercayai terhempas di Indonesia

Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, ia dimaklumkan tiada warga negara Malaysia terbabit dalam nahas berkenaan.

Pesawat Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang, termasuk anak kapal, dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju Pontianak semalam. (Gambar AFP)
JAKARTA:
Tiada rakyat Malaysia di dalam pesawat Sriwijaya Air, yang dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu di Indonesia.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, pihak kedutaan dimaklumkan tiada warga negara Malaysia terbabit dalam nahas berkenaan.

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang, termasuk anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju Pontianak, pukul 2.36 petang waktu Indonesia Barat.

Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.