Dua kakitangan Bursa Malaysia positif Covid-19

Dua kakitangan Bursa Malaysia positif Covid-19

Mereka sedang menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.

Bursa Malaysia beri jaminan bursa akan beroperasi seperti biasa.
PETALING JAYA:
Bursa Malaysia Berhad mengesahkan dua orang kakitangannya positif Covid-19.

Bursa Malaysia dalam kenyataan berkata pihaknya telah menghubungi Kementerian Kesihatan (KKM) dan kakitangan berkenaan sedang menjalani kuarantin di kediaman masing-masing

Kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan dua kes positif tersebut akan dihantar menjalani ujian saringan dan bekerja dari rumah sehingga keputusan ujian mengesahkan mereka negatif.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kakitangan yang mempunyai tidak mempunyai kontak langsung juga akan bekerja dari rumah.

“Bursa Malaysia akan memberi bantuan sewajarnya sekiranya mereka ingin disaring secara sukarela,” katanya lagi.

Selain itu, kerja pembersihan dan sanitasi secara menyeluruh akan dilaksanakan.

Bursa Malaysia juga memberi jaminan bursa akan beroperasi seperti biasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.