Bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang ditutup untuk sanitasi

Bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang ditutup untuk sanitasi

Langkah itu diambil bagi menjaga kesihatan dan keselamatan kakitangan dan orang awam yang berurusan di situ.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, ibu pejabat Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi (MdI) yang beroperasi di Bangunan BHEUU, Presint 3, Putrajaya ditutup hari ini dan Selasa bagi kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi.
KUALA LUMPUR:
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Ibu Pejabat Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) yang beroperasi di Bangunan BHEUU, Presint 3, Putrajaya akan ditutup hari ini dan Selasa bagi kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi.

Unit Komunikasi Korporat BHEUU Jabatan Perdana Menteri dalam skenyataan semalam memaklumkan langkah itu dilakukan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan kakitangan dan orang awam yang berurusan dengan BHEUU, JBG dan MdI dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

“Sehubungan itu, semua perkhidmatan dan temu janji secara bersemuka di BHEUU, JBG dan MdI adalah ditangguhkan sehingga pejabat dibuka dan beroperasi semula pada Rabu (6 Jan),” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.