Kerajaan digesa rangka pendekatan baru lonjak ekonomi Johor selepas batal HSR

Kerajaan digesa rangka pendekatan baru lonjak ekonomi Johor selepas batal HSR

Kawasan pantai barat Johor yang dicadangkan sebagai jajaran HSR berpotensi untuk dimajukan.

Bekas menteri besar Johor Mohamed Khaled Nordin berharap kerajaan akan mendedahkan sebab di sebalik penamatan projek HSR.
JOHOR BAHRU:
Kerajaan disaran mencari pendekatan lain bagi melonjakkan ekonomi Johor, khususnya di pantai barat negeri itu susulan penamatan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Bekas menteri besar Johor Mohamed Khaled Nordin berkata, sepanjang kawasan pantai barat yang dicadangkan sebagai kawasan jajaran HSR berpotensi untuk dimajukan.

“Indonesia sedang melakukan begitu dengan membangunkan kawasan di sebelah Selat Melaka, terutamanya di Dumai. Jadi, kita kena bersaing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Pasir Gudang, semalam.

Beliau berkata, langkah itu juga secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih besar memandangkan kawasan seperti Lembah Klang sudah tepu untuk terus dibangunkan.

Pada masa sama, Khaled berharap kerajaan akan mendedahkan kepada umum sebab di sebalik penamatan projek itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.