Dr M: ‘Kerajaan Melayu-Islam’ PN goyah, akan jatuh jika wakil rakyat bukan Islam tak sokong

Dr M: ‘Kerajaan Melayu-Islam’ PN goyah, akan jatuh jika wakil rakyat bukan Islam tak sokong

Bekas perdana menteri menyifatkan label 'kerajaan Melayu-Islam' Perikatan Nasional sebagai 'bohong'.

SHAH ALAM:
Dr Mahathir Mohamad menepis label ‘kerajaan Melayu-Islam’ Perikatan Nasional sebagai ‘bohong’, kerana ia boleh tumbang sekiranya dua atau tiga orang Ahli Parlimen bukan Melayu-Islam menarik balik sokongan mereka.

Bekas perdana menteri itu menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional sebagai ‘goyah’, kerana tanpa sokongan pemimpin bukan Melayu-Islam itu, pentadbiran Muhyiddin Yassin akan tumbang.

“Kelebihan sokongan itu cuma dua hingga tiga sahaja. Kalau orang (pemimpin) daripada bangsa Cina dan India tidak sokong, maka akan jatuhlah kerajaan.

“Disebabkan dua hingga tiga bukan Islam ini boleh jatuh ‘kerajaan Melayu-Islam’,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.