
Wanita berusia 50-an itu bertindak demikian kerana berang dengan kucing-kucing terbiar berak di luar pintu rumah pangsanya di Seberang Jaya.
Polis menerima laporan bahawa wanita itu sendiri dipukul oleh beberapa orang awam yang marah dengan tindakan zalimnya itu.
Menurut saksi yang menyaksikan kejadian, wanita itu turun dari rumah pangsa Pintas Kalui 1 dan marah apabila melihat beberapa kucing terbiar diberi makan sekumpulan individu.
Dia kemudian menuju ke keretanya untuk mengambil sebatang besi sebelum ‘menyerang’ kucing-kucing malang itu.
Seorang saksi, berkata wanita itu tidak menunjukkan belas kasihan dan terus “mengganyang” kucing-kucing itu sehingga mereka tidak lagi mampu bergerak.
“Walaupun kami memberitahu wanita itu apa yang dia lakukan salah, dia hanya mengatakan ‘anda boleh melaporkan saya’,” kata seorang lelaki berusia 20-an yang berada di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad mengatakan dua laporan polis telah diterima dan kes itu telah diambil alih oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kesejahteraan Haiwankerana mendatangkan kecederaan terhadap haiwan.
“Kami telah menerima maklumat bahawa wanita itu sendiri telah diserang (oleh orang awam) susulan kejadian itu,” katanya.
Pengarah Veterinar Pulau Pinang Dr Anun Man berkata kes itu sedang disiasat dan kucing-kucing sedang di rawat oleh pihaknya.