
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, 80 kes kegagalan menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan mendahului kesalahan lain, termasuk tidak memakai pelitup muka (71), aktiviti pusat hiburan (63), gagal mematuhi penjarakan fizikal (13) dan lain-lain (4).
Katanya, 29 pendatang asing tanpa izin turut ditahan semalam dan 10 kenderaan dirampas dalam 110 sekatan jalan di seluruh negara.
“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan sempadan, terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan.