Peruntukan Kementerian Pendidikan lulus suara majoriti

Peruntukan Kementerian Pendidikan lulus suara majoriti

Ini menjadikan peruntukan untuk 26 kementerian sudah diluluskan di peringkat jawatankuasa setakat ini.

Kementerian Pendidikan diperuntukkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM47.270 bilion dan RM3.087 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan.
KUALA LUMPUR:
Peruntukan RM50.358 bilion untuk Kementerian Pendidikan diluluskan di peringkat jawatankuasa tanpa sebarang masalah di Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon berkata, peruntukan itu diluluskan dengan undian suara majoriti.

“Lebih suara bersetuju,” katanya di Dewan Rakyat.

Kementerian Pendidikan diperuntukkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM47.270 bilion dan RM3.087 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan.

Ini menjadikan peruntukan 26 kementerian sudah diluluskan Dewan Rakyat setakat ini, di sebalik tindakan pembangkang mempersoalkan keabsahan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Minggu terakhir sidang Dewan Rakyat penggal ketiga Parlimen ke-14 ditunggu-tunggu untuk melihat sama ada Belanjawan 2021 diluluskan pada bacaan kali ketiga yang dijadualkan berlangsung hari ini, selepas peruntukan untuk semua 27 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.