Keputusan mahkamah cetus kebimbangan berhubung bayaran tempat letak kereta

Keputusan mahkamah cetus kebimbangan berhubung bayaran tempat letak kereta

Kadar harga mungkin naik, kata persatuan pusat beli-belah selepas syarikat diperintahkan membayar ganti rugi ke atas kenderaan yang dicuri.

Pengendali tempat letak kereta mungkin akan mengenakan kos tambahan kepada pemandu.
PETALING JAYA:
Sebuah organisasi runcit memberi amaran tentang kemungkinan kenaikan caj tempat letak kereta berikutan keputusan mahkamah yang menyaksikan pengendali tempat letak kereta dihukum kerana kecurian kenderaan.

Presiden Persatuan Pusat Membeli-belah Malaysia Teo Chiang Kok memberitahu FMT, keputusan itu akan mempunyai “implikasi buruk” ke atas penyediaan dan pengurusan kemudahan tempat letak kereta.

“Sekiranya pengendali tempat letak kereta kini perlu bertanggungjawab ke atas kecurian kenderaan,” katanya, “maka caj parkir perlu diubah untuk memasukkan, paling tidak, premium insurans dan kos tambahan untuk pengawasan yang lebih baik, CCTV dan kakitangan ronda.

“Kos akan dipindahkan kepada pemilik kendaraan.”

Mahkamah Rayuan baru-baru ini memperakukan ketetapan mahkamah rendah pada 2017 bahawa pengurusan Sunway Parking Services bertanggungjawab kerana cuai dalam satu kes kecurian kereta. Ia memerintahkan ganti rugi berjumlah kira-kira RM117,000.

Menurut Teo, caj tempat letak kereta biasanya ditetapkan serendah mungkin kerana fasiliti tempat letak kenderaan akan sering menolong pusat beli belah komersial kekal bertahan.

Beliau berkata, caj itu kini mungkin bertambah kerana pengurus tempat letka kereta mesti bersedia untuk berdepan kemungkinan liability kes kecurian walaupun kebanyakan kejadian pecah masuk dan kecurian disebabkan kecuaian pemandu, seperti membiarkan pintu kereta tidak dikunci.

Beliau juga meramalkan kemungkinan peningkatan kes penipuan, dengan orang memanfaatkan perintah baru itu dengan memalsukan pencurian kereta bagi mendapatkan keuntungan daripada pampasan perundangan.

Yap Lip Seng, ketua pegawai eksekutif Persatuan Hotel Malaysia, berkata, keputusan itu akan mendorong pengusaha tempat letak kereta menilai semula fasilti mereka.

“Saya percaya pengendali tempat letak kereta dan pemilik bangunan akan memperbaiki sistem mereka dan juga syarat penggunaannya,” katanya.

Namun, beliau kurang bimbang berbanding Teo, dengan berkata, setiap kes kecurian kemungkinan perlu diteliti secara individu untuk ditentukan liabilitinya.

“Kami percaya keputusan itu bukan satu-satunya rujukan duluan, tetapi merujuk kepada elemen spesifik yang membawa kepada keadaan itu, termasuk faktor di luar kawalan pemilik bangunan dan sistem yang digunakan di tempat itu.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.