Tiada kaitan antara kekayaan negara dengan kejayaan tangani Covid-19, kata pakar ekonomi

Tiada kaitan antara kekayaan negara dengan kejayaan tangani Covid-19, kata pakar ekonomi

Ia lebih bergantung kepada persediaan sesebuah negara dan kesanggupan seseorang pemimpin untuk menjadi proaktif.

Pakar ekonomi Rajah Rasiah berkata, negara seperti AS dan Brazil dengan ekonomi besar mencatatkan angka jangkitan Covid-19 yang tinggi. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Seorang pakar ekonomi dari Universiti Malaya berkata, tiada kaitan antara kekayaan sesebuah negara dengan kadar jangkitan atau kematian Covid-19, sebaliknya ia bergantung pada persediaan sesebuah negara dan kesanggupan pemimpin untuk bertindak proaktif.

Dalam satu webinar, profesor ekonomi Rajah Rasiah berkata, selepas memplot Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita negara dengan kadar jangkitan dan kematian Covid-19, beliau mendapati tiada hubung kait antara dua perkara itu.

“Selain ujian ke atas setiap sejuta orang yang menunjukkan hubungan rapat antara pembangunan material dan ujian yang dijalankan, hujah mengaitkan KDNK perkapita dengan jangkitan dan kematian bagi setiap sejuta orang sangat lemah.”

Beliau berkata, ini menunjukkan sumber semata-mata bukan faktor penentu kejayaan sesebuah negara dalam usaha memerangi pandemik, selain menambah bahawa usaha Malaysia berjalan baik sehinggalah selepas pilihan raya negeri Sabah mencetuskan pergerakan besar-besaran orang yang membawa kepada peningkatan mendadak kes Covid-19.

Graf menunjukkan ia korelasi antara kadar jangkitan dan KDNK perkapita.

Bercakap berhubung negara seperti Amerika Syarikat dan Brazil yang mempunyai ekonomi bersaiz besar, tetapi juga dengan kadar jangkitan kes yang tinggi, beliau berkata: “Saya rasa jelas ia menunjukkan ketidaksediaan untuk mengambil tanggungjawab dalam menangani isu sebenar.”

Beliau berkata, AS mengambil masa panjang untuk menerima hakikat berhubung keseriusan wabak itu.

“Langkah mengekang penularan wabak diambil lebih awal oleh negara seperti Vietnam dan Malaysia.”

Penyebaran lebih meluas apabila KDNK perkapita dibandingkan dengan kadar kematian.

Rajah berkata, meskipun pembangunan sistem penjagaan kesihatan boleh mempengaruhi pembangunan material sesebuah negara, namun tiada kaitan jelas antara dua perkara itu.

Webinar yang bertajuk “Mengimbangi Kelestarian dalam Norma Pasca Pandemik: Dorongan Penting” melihat pelbagai aspek pembangunan dan bagaimana ia berhubung antara satu sama lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.