DAP dibenar tangguh kongres tahunan

DAP dibenar tangguh kongres tahunan

Kongres tersebut dijadual diadakan pada 20 Dis di Shah Alam.

Ahli DAP semasa kongres tahunan tahun lepas. Kongres 2020 ditangguhkan berikutan krisis Covid-19. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pendaftar Pertubuhan memberi kelulusan kepada DAP untuk menangguhkan kongres tahunannya sehingga 30 Jun tahun depan, kata setiausaha organisasi parti itu Loke Siew Fook petang tadi.

Kongres tersebut dijadual diadakan pada 20 Dis di Shah Alam.

Ia akan diadakan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian, katanya.

Pemilihan bagi 20 ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP akan diadakan semasa kongres yang dihadiri hampir 4,000 perwakilan.

Loke berkata, penamaan calon bagi pemilihan ahli jawatankuasa eksekutif pusat parti itu telah selesai dan senarai calon dimuktamadkan.

Ia termasuk Loke dan beberapa muka lama seperti setiausaha agung Lim Guan Eng, penasihat DAP Lim Kit Siang, Teresa Kok, Lim Lip Eng, Gobind Singh Deo, Zairil Khir Johari, Boo Cheng Hau dan Abdul Aziz Bari.

DAP mengemukakan rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan pada Nov supaya membenarkan penangguhan kongres berkenaan sekurang-kurangnya enam bulan berikutan peningkatan kes Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.