
Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS Abdul Basith Hamid berkata, situasi itu secara tidak langsung, akan memberi kesan kepada jumlah peruntukan untuk disalurkan kepada golongan asnaf yang memerlukan.
“Kutipan tahun ini mencapai sasaran, tapi lebih merisaukan pada tahun depan kerana pengeluar zakat utama adalah individu yang membuat potongan gaji bulanan dan zakat perniagaan, jika kedua-duanya terkesan, ia akan memberi impak pada kutipan zakat 2021.
“Daripada segi agihan pula, mereka yang membayar zakat juga ada potensi menjadi penerima zakat.
“Namun mungkin ada kaedah lain yang dapat memastikan agihan zakat dapat diteruskan, katanya.
Abdul Basith berkata, sejak perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor susulan gelombang ketiga pandemik Covid-19, lebih 5,000 permohonan baru zakat diterima.
“Sebelum ini pemohon mempunyai kerjaya dan mereka adalah pengeluar zakat, namun akibat Covid-19 ada antara mereka hilang pekerjaan, sumber perniagaan terjejas, dan gaji dipotong,” katanya.