Jauhkan politik daripada pendidikan tinggi, kata ahli akademik

Jauhkan politik daripada pendidikan tinggi, kata ahli akademik

Politik partisan menghalang kemajuan dan kemampuan universiti melahirkan graduan berkualiti.

Seorang ahli akademik berkata, lebih banyak perlu dilakukan sebelum graduan Malaysia mampu bersaing di peringkat global.
PETALING JAYA:
Ahli akademik berkata sektor pengajian tinggi mesti dipisahkan daripada politik partisan untuk maju dan mampu melahirkan pensyarah serta graduan lebih berkualiti.

Bekas ahli akademik Andrew Aeria berkata lebih banyak yang perlu dilakukan sebelum graduan di negara ini mampu bersaing di peringkat global.

“Kita memang berdepan masalah dalam isu pengajian tinggi. Kita perlu pisahkan politik partisan daripada politik serius dalam membetulkan sistem dan keutamaan pengajian tinggi kita,” katanya pada persidangan dalam talian, semalam.

Beliau berkata walaupun statut universiti wujud, kebanyakan ahli akademik universiti kurang mengetahui tentangnya yang menggariskan tanggungjawab semua pegawai dan badan di universiti.

Katanya, ramai pentadbir juga cenderung mengabaikan statut universiti dan gagal mematuhinya.

“Seiring dengan pemahaman yang lemah tentang makna biasiswa akademik, ini menyebabkan banyak pentadbir universiti bertindak secara autoritarian,” katanya, dengan menambah bahawa ini termasuklah kurangnya rundingan dengan staf berhubung pelantikan dekan dan pengarah.

“Sekarang ini, mesyuarat senat dan fakulti tidak begitu penting kerana ia telah acara bercakap untuk perkongsian maklumat dari atas ke bawah dan arahan pelaksanaan.”

Beliau berkata, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mampan sewaktu lebih ramai pelajar terpaksa memasuki sistem hutang.

“Pembiayaan pengajian tinggi kini adalah melalui geran perbelanjaan operasi universiti dan pinjaman PTPTN kepada pelajar, sekali gus menjadikan kos operasi universiti terpaksa disubsidi.

“Tetapi pelajar hari ini dipaksa mengambil pinjaman besar untuk membiayai pendidikan mereka. Ironinya ramai lulusan universiti kita mendapat gaji yang rendah atau lebih buruk lagi, kekal menganggur dan mungkin juga tidak layak diambil bekerja.

“Bagaimana kita boleh mencapai kecemerlangan akademik apabila sebilangan besar graduan kita terpaksa berhutang lebih banyak selepas mereka lulus?”

Leftenan-kolonel (B) Ahmad Ghazali Abu Hassan, yang juga bekas profesor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata, beberapa universiti tidak berkesan dari segi pencapaian dan membazir dari segi ekonomi.

Salah satu kekurangan yang sangat ketara dalam sistem pendidikan semasa ialah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan pensyarah, dan juga kemampuan mereka yang terhad untuk mengemukakan idea dan memahami sumber yang ada dalam subjek masing-masing.

Beliau berkata, ini menyebabkan pelajar kurang bermotivasi dan tidak menghargai peluang pendidikan yang diberikan kepada mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.