
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, kedua-dua suspek ditahan kira-kira 1 pagi tadi selepas mereka menyerah diri kepada polis.
“Jumlah keseluruhan tangkapan ialah 44 penduduk tempatan, iaitu 41 lelaki dan tiga perempuan yang terdiri daripada pemilik kedai, pekerja dan orang awam berusia 20 hingga 35 tahun.
“Mereka kini direman tiga hari mulai 5 hingga 7 Dis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Polis menerima panggilan orang awam kira-kira 7 malam Jumaat berhubung pergaduhan membabitkan pelanggan di kedai menjual komputer dan komputer riba.
Beberapa klip video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di depan plaza itu yang kemudian berlarutan ke dalam premis berkenaan.