
IPOH: PKR Perak akan memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri baharu yang bakal ditubuhkan agar fokus kepada rakyat tidak terabai, selepas Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu, hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri pagi tadi.
Menggambarkan penyingkiran timbalan presiden PPBM itu seperti “ditolak secara segera”, Pengerusi Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata ADUN Perak hari ini menunjukkan “kesepakatan dalam menjamin masa depan rakyat”.
“Saya ingin nasihatkan Faizal untuk bermuhasabah setelah ditolak oleh parti komponen sendiri walaupun hanya sembilan bulan bersama,” katanya dalam kenyataan.
Farhash bagaimanapun berkata pilihan raya pada ketika ini hanya akan memudaratkan rakyat.