
Namun, Nurajahan Mariamah Abdullah atau mesra dipanggil Mary memberitahu FMT ia hanya langkah sementara.
Walaupun sudah mendapat tapak gerai sendiri, wanita itu memaklumkan perniagaannya tidak memberangsangkan kerana lokasi yang agak tersorok di Jalan Desa Utama.
“Ramai pelanggan saya sukar untuk mencari gerai ini. Saya cuba menghantar lokasi tetapi mereka masih sukar mencarinya,” kata Mary sambil memaklumkan pelanggannya lebih menyukai perkhidmatan penghantaran nasi lemak kepada mereka.
Gerai itu masih beroperasi dari 7 pagi hingga 10 pagi dengan dibantu adiknya, tetapi untuk menarik pelanggan, Mary masih menolak troli di sekitar Taman Desa untuk memaklumkan orang ramai mengenai lokasi gerainya.
“Saya sedih mengetahui orang ramai berkongsi gambar saya, mendakwa saya kembali ke jalanan, tetapi ini adalah cara sementara untuk memberitahu pelanggan yang tidak menyedari di mana gerai saya dan berharap mereka akan memahami,” katanya.

“Sebelum ini, Mary bekerja sebagai tukang cuci tetapi kehilangan pekerjaan pada Mac akibat pandemik Covid-19.
Dia kemudian menjual nasi lemak dan bihun dengan menolak troli dari 6.30 pagi hingga 11 pagi di kawasan Taman Desa.
Mary kehilangan suami akibat serangan jantung enam tahun lalu dan dia mengambil alih tanggungjawab menjaga ibu dan tiga anaknya.
Mendengarkan penderitaan ibu tunggal itu, Kementerian Wilayah Persekutuan membantu dengan memberikan lesen penjaja dan gerai di kawasan berkenaan. Dewan Perniagaan India Kuala Lumpur dan Putrajaya membantu dengan membelinya periuk nasi lebih besar untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok juga menziarah Mary, menyumbangkan keperluan dapur seperti minyak masak, beras, telur dan gula. Beliau kemudian menyatakan pejabatnya akan membeli 30 bungkus nasi lemak Mary selama sebulan untuk membantu wanita itu.