Lebih ramai wakil NGO dilantik anggotai majlis bandar raya di PP

Lebih ramai wakil NGO dilantik anggotai majlis bandar raya di PP

Ketika ini terdapat tiga atau empat wakil NGO dilantik sebagai ahli majlis dalam MBPP dan MBSP.

Anggota Exco Jagdeep Singh Deo berkata, lebih ramai wakil NGO dan profesional akan dilantik sebagai ahli majlis MBPP dan MBSP).
GEORGE TOWN:
Kerajaan Pulau Pinang akan membuka lebih banyak jawatan ahli majlis kepada NGO dan golongan profesional dalam pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata ini berbeza berbanding dasar sedia ada yang melantik wakil Penang Forum dan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang sahaja.

Kouta semasa adalah tujuh ahli NGO dikekalkan dalam 48 jawatan ahli majlis yang dilantik setiap tahun di Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Prai.

Ketika ini terdapat tiga wakil NGO di MBSP dan empat di MBPP.

Pada sidang media hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri Jagdeep Singh Deo berkata, pelantikan tahun depan akan menyaksikan paling kurang 30% wakil dilantik terdiri daripada wanita.

DAP mempunyai ahli terbanyak dalam dua majlis berkenaan, seramai 10 orang setiap satu, sementara PKR mempunyai lapan ahli dalam MBPP dan sembilan dalam MBSP. Amanah mempunyai dua wakil dalam kedua-dua majlis berkenaan.

Berhubung lantikan itu, Jagdeep berkata, amalan biasanya ialah Penang Forum dan Dewan Perniagaan Cina akan melantik ahli masing-masing untuk mengisi kuota yang ada.

Katanya indiividu yang berminat untuk dilantik sebagai ahli majlis boleh berbuat demikian selewat-lewatnya pada 15 Dis dengan menulis kepada [email protected] atau menelefon 04-650 5379 untuk mengesahkan kelayakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.