
PETALING JAYA: Perikatan Nasional bersetuju untuk menubuhkan majlis presiden tersendiri, kata Setiausaha Agung Hamzah Zainudin.
Hamzah berkata majlis yang akan dianggotai semua ketua-ketua parti komponen PN itu akan menjadi platform mengukuhkan kerjasama.
Penubuhan majlis presiden itu dipersetujui dalam mesyuarat semalam, yang dipengerusikan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, dan dihadiri Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku, Jeffrey Kitingan; dan Presiden Parti Progresif Sabah, Yong Teck Lee.
Terdahulu, Muhyiddin di lamam sosialnya berkata, mesyuarat antara lain berbincang mengenai memperkemaskan gabungan parti anggota, dan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-15.