Belum ada “majlis yang benar-benar antara agama”, kata pemimpin agama

Belum ada “majlis yang benar-benar antara agama”, kata pemimpin agama

Hermen Shastri berkata penubuhan suatu "majlis yang benar-benar antara agama" terhalang oleh mentaliti "majoriti lawan minoriti".

Hermen Shastri. (Gambar Twitter)
PETALING JAYA:
Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia (CCM), Hermen Shastri, berkata penubuhan suatu “majlis yang benar-benar antara agama” terhalang oleh mentaliti “majoriti lawan minoriti”.

Malaysia mempunyai beberapa kumpulan antara agama seperti Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST), namun belum ada suatu kumpulan yang berurusan dengan masyarakat Islam, kata Hermen.

“Sebab yang diberi kepada kami, ‘kami majoriti, kamu minoriti’ atau ‘agama kami agama persekutuan, dan kamu agama minoriti’,” katanya pada satu webinar semalam.

“Adakah hujah itu boleh diterima? Adakah ia selari dengan aspirasi paling mendalam dalam ajaran agama anda?

“Adakah cara itu menerangkan lagi ‘maruah semua manusia, kesamarataan semua manusia, dan hak semua orang untuk hidup bersama dalam masyarakat, dan mengamalkan kepercayaan agama mereka’?

“Nampaknya inilah kesukaran yang kami hadapi apabila turun ke lapangan. Kami yakini aspirasi dan bidang ini, tetapi ada pula kuasa-kuasa sosial yang kami perlu sentiasa fikirkan,” katanya.

Hermen bercakap pada panel perbincangan bertajuk “The Role of State and Religious Leaders in Protecting Freedom of Religion and Belief” anjuran Komuniti Muslim Universal (KMU).

Hermen menekankan perlunya reformasi struktur berkaitan bagaimana kerajaan dan pimpinan agama mendekati kebebasan agama dan kepercayaan.

Sementara itu, seorang lagi undangan, Wendy Yee Mei Tien, pensyarah di Universiti Malaya, menggesa lebih banyak dialog, bukan sahaja antara agama tetapi juga secara dalaman.

Yee, yang mereka suatu kursus tentang keamanan dan kemanusiaan di universiti, berkata perlu ada fokus pada nilai yang dikongsi semua agama seperti keamanan, perpaduan, dan kemanusiaan.

“Banyak naratif positif dalam kehidupan harian yang kita boleh kongsi dan cukup kuat untuk melawan sebarang naratif negatif,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.