Lagi peruntukan lulus dalam belah bahagi, kali ini Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komiditi

Lagi peruntukan lulus dalam belah bahagi, kali ini Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komiditi

Speaker Azhar Azizan Harun mengumumkan 95 wakil rakyat tidak bersetuju berbanding 108 yang bersetuju.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat sekali lagi menyaksikan peruntukan bawah Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 lulus di peringkat jawatankuasa, kali ini untuk Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komiditi.

Peruntukan berjaya melepasi pembangkang yang tidak berupaya menghalangnya, apabila hanya 95 Ahli Parlimen tidak bersetuju berbanding 108 yang bersetuju apabila ia dibentang untuk undian belah bahagi.

“Hanya 17 tidak hadir,” kata Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun.

Undian ini merupakan belah bahagi ketiga, peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan semalam, yang lulus dengan sokongan majoriti ahli Dewan.

Terdahulu, peruntukan untuk Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara bawah Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa lulus tanpa undian belah bahagi.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komiditi diperuntukan sebanyak RM729.3 juta dalam Belanjawan 2021, iaitu RM476.6 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM190.7 juta bagi perbelanjaan pembangunan cara langsung dan RM62 juta bagi perbelanjaan pembangunan secara pinjaman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.