
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan kes positifdi negara ini setakat ini sebanyak 64,485 kes dengan kes aktif 11,481 kes.
“Dukacita dimaklumkan terdapat 3 kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 357 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi dengan 493 kes dengan 473 daripadanya adalah berpunca daripada kluster tempat kerja, iaitu tapak binaan.
“Ini diikuti oleh Sabah dengan 290 kes, Selangor (238 kes), Perak (77 kes), Kedah (52 kes), Pulau Pinang (46 kes), Johor (37 kes)), Labuan (35 kes), Negeri Sembilan (32 kes), Kelantan (6 kes), manakala Pahang, Terengganu dan Melaka masing-masing satu kes,” katanya.
Sementara itu, Perlis, Putrajaya dan Sarawak tidak mencatatkan sebarang kes positif hari ini.
Sehingga kini, terdapat 116 kes positif dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Mengenai tiga kes kematian yang dilaporkan hari ini, Noor Hisham berkata, kes berkenaan membabitkan seorang perempuan dan dua lelaki berusia antara 53 tahun hingga 89 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik.