
PETALING JAYA: Operasi pasar harian di kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga jam 4 petang bermula esok berbanding 2 petang sebelum ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata ia selepas mengambil kira keperluan penduduk setempat yang merayu supaya diberi tambahan masa untuk memudahkan mereka melakukan pembelian.
“Kita beri tambahan masa 2 jam di pasar awam di kawasan PKPB namun anggota RELA mesti mengawal pasar berkenaan supaya pematuhan SOP dilaksanakan dengan baik,” katanya pada sidang media.