
Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 311 individu dikompaun manakala lima direman dan 13 dijamin.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (131), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (59), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (50), rentas negeri/daerah PKP bersyarat tanpa kebenaran (38) dan lain-lain (51),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengenai kawalan sempadan negara, Ismail berkata seramai 88 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam Operasi Benteng menerusi 261 sekatan jalan raya seluruh negara.
Dalam operasi itu, agensi keselamatan juga memberkas lima tekong serta merampas 13 kenderaan darat.
“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutama di lorong tikus,” katanya.