Kesatuan umum pertikaian terhadap bank multinasional berhubung penyumberan luar

Kesatuan umum pertikaian terhadap bank multinasional berhubung penyumberan luar

NUBE mendakwa bank multinasional itu menyumberluarkan pekerjaan sepanjang PKPB mengakibatkan rakyat Malaysia dipecat.

NUBE menuduh sebuah bank multinasional memecat pekerja selepas menyumberluarkan pekerjaan.
PETALING JAYA:
Sebuah kesatuan mengisytiharakan pertikaian perdagangan terhadap sebuah bank multinasional kerana didakwa membuat penyumberan luar sehingga menyebabkan rakyat tempatan hilang pekerjaan.

Kesatuan Pekerja Bank Nasional (NUBE) berkata, pihaknya memfailkan 12 kes mengenai ahlinya yang mendakwa diarah “duduk di rumah”, manakala pekerjaan mereka disasar untuk disumberluarkan.

Setiausaha Agungnya, J Solomon, mendakwa bank itu melanggar undang-undang Malaysia dan melanggar perjanjian kolektif dengan pekerja.

Katanya, bank itu “tanpa segan” menggunakan dasar perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan kerja dari rumah untuk keuntungannya dalam menjalankan latihan penyumberan luar.

J Solomon.

Solomon berkata, kakitangan bank terbabit diberitahu supaya kekal berada di rumah dalam keadaan “bersedia” sementara tugas mereka diambil alih oleh penyelia dan pegawai pengurusan kanan dalam proses penyumberan luar itu.

Jelasnya, dengan berbuat demikian, bank boleh mendakwa bahawa kerja boleh berjalan dengan lebih sedikit kakitangan, sebagai alasan untuk pemberhentian pekerja.

Solomon berkata, kesatuan itu meminta penjelasan beberapa kali, tetapi pihak pengurusan terbabit memberikan “jawapan, paling baik, setengah masak “, menolak usaha mereka dan gagal hadir dalam mesyuarat yang dijanjikan.

Katanya, bank malah menolak usaha Persatuan Bank Perdagangan Malaysia untuk menjadi perantaraan.

“Pendirian ‘berperang’ ini membuatkan NUBE tiada pilihan selain mengumumkan pertikaian perdagangan terhadap bank itu, sesuai dengan Akta Hubungan Industri”, yang akan membolehkan kesatuan mengambil tindakan yang diperlukan untuk melindungi pekerjaan ahlinya.

Solomon menggesa Kementerian Kewangan dan Sumber Manusia serta Bank Negara (BNM) menyiasat bank yang berpangkalan di United Kingdom itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.