
PETALING JAYA: Bekas menteri belia dan sukan, Mokhtar Hashim meninggal dunia pada usia 68 tahun.
Sinar Harian melaporkan perkara itu disahkan isteri dan anaknya.
Difahamkan, Mokhtar menghembuskan nafas terakhir pada 3.10 pagi tadi.
Pada Mac 1983, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mokhtar kerana membunuh Adun Gemencheh dan Speaker DUN Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib.
Motif pembunuhan itu ialah saingan politik.
Hukuman Mokhtar kemudiannya diubah kepada penjara seumur hidup dan dibebaskan pada 10 Julai 1991, selepas mendapat pengampunan diraja.