Potong gaji, elaun PM, Menteri, wakil rakyat pimpin GLC, 10-50%, kata Wan Azizah

Potong gaji, elaun PM, Menteri, wakil rakyat pimpin GLC, 10-50%, kata Wan Azizah

Bekas timbalan perdana menteri juga mencadangkan elaun wakil rakyat yang menjadi pengerusi di GLC dan GLIC dikurangkan 50%.

PETALING JAYA: Bekas timbalan perdana menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu gaji perdana menteri dan anggota jemaah menteri dipotong 10% untuk disalurkan ke Tabung Covid-19 bagi membantu rakyat terkesan.

Wan Azizah (PKR-Pandan) turut menyarankan elaun wakil rakyat yang menjadi pengerusi di syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan di potong 50% untuk tujuan sama.

Beliau berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan para menteri perlu menunjukkan kepimpinan menerusi teladan, ketika rakyat menghadapi kesukaran melangsungkan hidup.

“Pengurangan ini bukan sahaja suka-suka, sebaliknya disalurkan sebagai tanggungjawab sosial dan korporat kepada Tabung Covid-19. Wakil-wakil rakyat ini sudah bergaji,” katanya di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Dr Mahathir Mohamad (Langkawi-Bebas) berkata pihaknya akan menyokong cadangan memotong gaji menteri ketika Covid-19 bagi mengurangkan beban kerajaan, mengatakan pemotongan ini tidak akan menyukarkan hidup menteri.

Menurut Mahathir, seseorang menteri tidak akan kebuluran walaupun gaji dikurangkan 30%.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.