
Beliau mengumumkan perkara itu semasa dalam ucapan pergulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.
Menurutnya, sebagai menghargai pengorbanan kakitangan perkhidmatan awam persekutuan yang menyumbang khidmat bakti di Sarawak, mereka akan turut dibayar insentif secara “one-off” RM500 pada suku pertama 2021.
“Semasa pandemik Covid-19, anggota perkhidmatan awam Sarawak dan perkhidmatan awam persekutuan, termasuk doktor, jururawat, pekerja kesihatan, badan beruniform, imigresen dan kakitangan barisan hadapan lain, bekerja tanpa mengira penat lelah untuk menjaga rakyat kita.
“Syukur, wabak Covid-19 dapat dikawal pada tahap yang baik,” katanya.
“Mereka (petugas) mempertaruhkan keselamatan diri dan mengorbankan keselesaan. Terdapat juga ramai anggota perkhidmatan awam yang bekerja di belakang tadbir, namun bekerja dengan penuh tekun dan ikhlas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
“Kepada mereka semua, saya mengucapkan terima kasih,” katanya.