
Parti Sarawak Bersatu (PSB) menuntut permintaan maaf daripada Tiong, yang mendakwa Noor Hisham pada Rabu takut mati kerana tidak turun padang memeriksa aktiviti di lapangan.
Dalam satu kenyataan hari ini, sekretariat PSB berkata, adalah tidak masuk akal bagi Tiong untuk menyuruh Noor Hisham pergi ke barisan hadapan dan melawat hospital.
“Kita mengecam serangan yang keji dan amat buruk yang dibuat oleh ahli Parlimen itu terhadap seorang penjawat awam,” katanya.
PSB berkata Tiong, yang merupakan presiden PDP, sebuah parti komponen kerajaan GPS, perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Noor Hisham.
“Jika tidak, kita gesa (Muhyiddin) untuk pecat Tiong sebagai duta khas perdana menteri ke China.”
Bercakap semasa perdebatan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Rabu, Tiong mendakwa Noor Hisham meraih publisiti dengan mengadakan taklimat harian Covid-19.
Beliau turut mempersoalkan kenapa Noor Hisham tidak memberi sokongan moral kepada kakitangan barisan hadapan.