Buaya 800 kg kecederaan parah dimatikan setelah diselamat bomba

Buaya 800 kg kecederaan parah dimatikan setelah diselamat bomba

Buaya itu dipindahkan dengan menggunakan 'forklift' untuk dihantar ke tempat penyimpanan sementara Sarawak Forestry Corporation di Kubong.

Pasukan bomba dan penyelamat Limbang membantu usaha menangkap serta mengikat buaya tembaga seberat 800kg yang ditemui dalam parit berdekatan sebuah kawasan perumahan di situ. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seekor buaya tembaga seberat 800 kg yang kecederaan akibat ditembak penduduk kampung diselamatkan pasukan bomba tetapi terpaksa dimatikan hari ini kerana luka parah yang dialaminya.

Sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang menyelamatkan buaya itu  yang tersepit di parit berhampiran Sekolah St Edmund, Limbang Selasa lalu.

Buaya berumur kira-kira 80 tahun dan 5 meter panjang itu dikatakan ditembak oleh penduduk kampung berhampiran. Pasukan bomba terpaksa menggunakan ‘forklift’ dalam operasi menyelamat itu.

“Proses pemindahan buaya tembaga oleh pasukan bomba dilakukan dengan menggunakan ‘forklift’ dan ia seterusnya dihantar ke tempat penyimpanan sementara Perbadanan Perhutanan Sarawak(SFC) di Kubong, menurut Facebook,  Friends of Bomba Malaysia.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad mengesahkan hari ini bahawa pihaknya terpaksa mematikan buaya itu kerana kecederaan parah di kepala.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.