
Ia susulan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azalina Othman Said menegur Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz atau timbalannya, Abdul Rahim Bakri dan Shahar berhubung “ketidakhadiran” mereka semasa belanjawan diperdebatkan dalam Dewan.
Dalam Twitternya, Shahar memuat naik 1 klip video yang mana ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Saifuddin Nasution Ismail menyedari kehadirannya di Dewan.
“Berlegar di media sosial bertanya hal kehadiran saya di Dewan Rakyat hari ini. (Anda) boleh lihat cerita media sosial saya, saya ‘update’, saya berada di dalam Dewan Rakyat,” kata Shahar melalui Twitter.
“Sila tonton video ucapan ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu di ruangan komen yang merakamkan ucapan terima kasih dan mengesahkan kehadiran saya di dalam Dewan Rakyat hari ini semasa perbahasan Belanjawan 2021.”
Terdahulu, ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer, bertanya mengapa Tengku Zafrul atau timbalannya tidak berada di Dewan Rakyat ketika belanjawan dibahaskan.
Azalina kemudian menegaskan salah seorang daripada mereka mesti hadir di Dewan Rakyat untuk mendengar isu dibangkitkan mengenai belanjawan tahun depan, yang dibentangkan Tengku Zafrul Jumaat lalu.