
Ketua Pembangkang itu menggesa Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin memberikan penjelasan dan cadangan untuk membantu mereka yang terkesan akibat penutupan sekolah di seluruh negara sejak Isnin lalu.
Kementerian Pendidikan bertindak demikian susulan peningkatan kes mendadak Covid-19 di seluruh negara.
Anwar berkata langkah kerajaan itu mungkin memaksa pengusaha kantin sekolah menutup terus perniagaan kerana menanggung kerugian terlampau tinggi sehingga tidak mampu membiayai kos operasi harian.
“Saya menggesa kerajaan, khususnya menteri pendidikan, memberikan penjelasan segera dan menyatakan tindakan yang akan diambil untuk membantu golongan ini,” kata Anwar di Dewan Rakyat.
“Saya juga menggesa kerajaan memberikan pengusaha kantin sekolah geran bantuan dan melanjutkan kontrak perkhidmatan mereka,” tambah Anwar.