Tak perlu imbas MySejahtera ketika isi minyak

Tak perlu imbas MySejahtera ketika isi minyak

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan berkata, ia hanya perlu apabila seseorang itu memasuki sebuah premis.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan berkata, ‘perjumpaan singkat’ seperti mengisi minyak atau membuat pembayaran tidak perlu mengimbas kod QR MySejahtera. 
PETALING JAYA:
Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menjelaskan tiada keperluan mengimbas kod QR MySejahtera ketika mengisi minyak, susulan laporan semalam menyatakan orang ramai boleh didenda jika tidak berbuat demikian.

Dalam maklum balas e-mel kepada pertanyaan umum yang dilihat FMT, CPRC berkata, seseorang itu perlu mengimbas kod QR ketika memasuki sebuah premis.

“Perjumpaan singkat seperti mengisi petrol di stesen minyak atau membuat pembayaran tidak perlu mengimbas MySejahtera,” menurut e-mel itu.

Seorang pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan perkara itu kepada FMT.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid dipetik beberapa media sebagai berkata, individu masih perlu mengimbas aplikasi itu, walaupun mereka tidak memasuki kedai runcit di stesen minyak.

Ia selepas satu klip audio seorang lelaki mendakwa bapanya didenda RM1,000 kerana tidak mendaftar dengan aplikasi itu ketika mengisi petrol di stesen minyak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.