
“Sebanyak 125 kluster telah tamat dengan jumlah individu yang disaring seramai 194,527 orang,” katanya pada waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (PPBM-Sabak Bernam) mengenai jumlah kluster Covid-19 di negara ini.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan masih memantau 151 kluster aktif dengan 129,227 orang sudah disaring setakat ini.
Katanya, kluster Sri Petaling mencatatkan 3,375 kes positif Covid-19 daripada 42,023 individu yang disaring dengan kes indeks dikesan pada 11 Mac lalu.
“Kluster ini diisytihar tamat pada 8 Julai 2020. Kes indeks merupakan individu yang menghadiri perhimpunan keagamaan di Masjid Seri Petaling.
“Punca jangkitan dipercayai jangkitan import dari Indonesia.”
Sehingga semalam, katanya, daripada 151 kluster yang masih aktif, kluster kediaman ialah yang terbanyak, iaitu 64 kluster, diikuti 9 kluster pusat tahanan dan penjara, 9 kluster kumpulan berisiko (petugas kesihatan dan warga emas), 3 kluster keagamaan dan 3 kluster import.